Thursday, 9 June 2016

Pengalaman Setahun di Asasi KUIS

Hai, Assalammualaikum

Apa Khabar ?, Moga semuanya sihat sejahtera hendaknya 

Korang ingat lagi tak pepatah melayu "tak kenal maka tak cinta" ?, Haaa sekarangni aku nak perkenalkan diri aku dulu laa tapi jangan masuk air sangat sampai nak bercinta dengan aku okay?, aku kenalkan diri je supaya korang kenal lah aku, masuk kuis nanti kalau terjumpa ke bolehlah tegur tegur then belanja aku makan kan hahaha takdelah aku bergurau, insAllah kita sahabat. Nama aku Ammar Shaim, mantan student asasi komunikasi KUIS batch 14, Now tengah tunggu untuk sesi kemasukan ke degree ( Ijazah sarjana Muda Komunikasi Penyiaran). 

Satu perkara yang paling best masa korang di asasi ni kalau korang nak tahu ialah manisnya sebuah persahabatan ataupun kalau nak sedap sikit orang panggil ukhuwah lah. Ukhuwah yang ada di asasi ni memang korang takkan dapat di mana-mana tempat bagi aku la, bagi korang tak tahu la pulak macam mana kan sebab aku cakap berdasarkan pengalaman setahun aku sendiri kat sini. Serius memang best kalau korang enjoy and pandai bahagikan masa as Mahasiswa Asasi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Aku sengaja letak title persahabatan atau manisnya ukhuwah ketika berada di Asasi ni sebagai satu permulaan bagi korang bayangkan dan hayati bagaimana manisnya ukhuwah tersebut. Corak ukhuwah tersebut sebenarnya masing-masing di antara korang nanti perlu decidekan. Apa yang penting dengar cakap aku "please please kamu jangan nakal nanti aku datang bawa yang kau pesan". Haaa Haaa mesti korang dah pelik pasaipa tetiba ada lagu aliff satar pulak ent hahahaks harap masuk laa lawak aku please jangan hambarkan aku, aku nak korang gelak sekarang hahaha. Okay aku sambung balik sebenarnya apa yang aku nak sampaikan ialah please please please jangan ada sikap sombong, dengki mendengki dan sebagainya sikap-sikap yang mazmumah. Kalau korang semua nak kekalkan momentum keharmonian semasa di Asasi, jadilah Mahasiswa yang berakhlak mahmudah bukan mazmumah. Korang sendiri pun faham kan apa itu sifat mahmudah and apa itu sifat mazmumah sebab time sekolah rendah and menengah korang ada belajar so aku taknak sentuh banyak cuma apa yang aku nak beritahu kuis ni adalah satu medan ilmu yang sangat sangat sangat banyak membuka peluang untuk korang semua berubah daripada mempunyai akhlak mazmumah kepada akhlak mahmudah. Korang juga akan dapat banyak peluang untuk menimba ilmu lebih-lebih lagi ilmu yang berkaitan dengan agama contoh macam talaqqi kitab, tazkirah setiap hari di masjid, bacaan hadis selepas solat isyak berjemaah di masjid and banyak lagi lah nanti korang akan tahu nanti walaupun korang semua bukannya ada terdiri daripada pelajar bukan daripada kos pengajian islam, SEMUA boleh turut serta. Itu belum lagi campur dengan program-program yang Fakulti anjurkan untuk korang. Memang sangat banyak!! serius tak rugi masuk kuis!!

First Impression korang semua apabila kereta korang masuk sahaja ke dalam kawasan pagar kuis itu ialah apa yang korang lihat adalah kecantikan and keindahan kuis itu sendiri percayalah. Sebaik sahaja korang masuk, korang akan nampak pasak kuis iaitu Masjid Al-azhar Kuis yang berdiri gah tersergam indah melambangkan aura Dai Ulama dan Umara huhh huhh merecik ciaa ciaa. Then korang akan daftar as Mahasiswa Asasi Kuis. Sebaik sahaja korang mendaftar, sahlah korang sebagai Mahasiswa Kuis. Tak ke bangga jadi Mahasiswa Kuis sebab Allah dah pilih korang untuk meruskan proses halatuju korang di sini. jangan sesekali pernah menyesal hadir ke bumi Kuis sebab apa ?? SEBAB ALLAH SWT YANG PILIH !!

Di Asasi kuis ini ada 5 program yang ditawarkan iaitu
     - Asasi Pengajian Islam
     - Asasi Teknologi Maklumat
     - Asasi Pengurusan
     - Asasi Bahasa Arab
     - Asasi Komunikasi

Macam aku Asasi Komunikasi, jadi mana-mana di antara korang yang nak apply Asasi Komunikasi tu nanti bolehlah roger-roger kalau nak tanya apa-apa berkaitan komunikasi cuma dalam blog ini aku taknak ceritakan skop berkenaan Asasi Komunikasi kerana blog aku ini adalah lebih kepada perkongsian secara keseluruhannya kuis supaya bukan sahaja bakal Mahasiswa Asasi komunikasi sahaja yang dapat input, malah pelajar Asasi yang lain juga turut mendapat manfaat yang sama okay? cunnnn!

Okay aku akan bahagikan pengalaman aku ni kepada beberapa bahagian supaya korang akan faham and tak pening bila imagine how environment there okay ?

1) Pendidikan/Kuliah
Untuk di ipts macam kuis ni ,bermula hari isnin sehinggalah jumaat korang akan ada kuliah and tutorial tapi kadang tak jugak bergantung sebenarnya kepada jadual yang korang akan dapat nanti. And yang semestinya hari sabtu ngan ahad tu cuti and time cuti sabtu ahad ni la korang akan rasa pishang gileee kalau korang taktahu apa nak buat so bagi golongan yang macam gini dia akan lebih suka duduk dalam bilik sambil bermain dengan peta yang dia hasilkan tu la jujur la aku cakap kan and kalau maju sikit dia main handphone dengar lagu bukak gallery, instagram,whatsapp,wechat and so on la korang pon tahu kot kan hahaha tak payah aku beritahu sebab semua benda tu semua korang dah tahu. Ada jugak golongan yang busy siapkan assignment yang lecturer bagi and then bila siap dia akan buat apa sahaja yang dia suka. Ada jugak golongan yang tak suka lepak-lepak bilik time hujung minggu and diaorang semua decide keluar gather pergi macam-macam tempat. Macam-macam tempat tu kitaorg semua dah pernah pergi walaupun sebenarnya ada tempat yang dekat je dengan kuis tapi kadang aku sendiri belum pergi lagi hahaha. Tapi apa yang aku nak beritahu golongan ini kalau cuti sabtu ahad mereka akan keluar gathering ke PD, hiking broga and banyak lagi la malas sebut. Paling cikai pon diaorang pergi jalan-jalan kat pekan BSP atas tu hihi. Ada juga golongan yang akan lepak kat masjid kuis untuk habiskan masa hujung minggu sabtu dan ahad plus kat Masjid tu ada wifi free jadi sambil beribadah membaca Al-Quran semua boleh nikmati kemudahan wifi percuma tu. Tapi sebenarnya golongan yang aku nak cakap ni ialah paling ramai orang yang buat time cuti sabtu ahad. Nak tau golongan apa?, "Golongan yang balik rumah" hahaha sebab yelaa kan dah cuti hari minggu so mana-mana yang rumah dekat tu decide untuk balik rumah lepaskan rindu dengan family masing-masing.

Satu perkara lagi yang aku rasa menarik untuk aku kongsikan dengan korang semua ialah sistem pendidikan kuis itu sendiri ke arah melahirkan Dai, ulama’ dan Umara. Walaupun kita tahu Fakulti Asasi menawarkan pelbagai program tetapi apa yang menarik untuk aku kongsi ialah berkenaan dengan penerapan subjek-subjek wajib Agama dalam setiap program yang ditawarkan. Sebagai contoh, walaupun seseorang pelajar asasi itu mengambil jurusan teknologi maklumat, individu tersebut juga akan belajar tentang aqidah, feqah dan sebagainya yang berkaitan dengan agama. Jadi semua pelajar akan mempunyai ilmu asas dalam agama yang aku kira ianya sangat bermanfaat and sangat berguna untuk diterapkan dalam jiwa seorang Mahasiswa islam J

Selain itu, apa yang aku nak kongsikan lagi iaitu berkenaan dengan Usrah yang diadakan pada setiap hari Jumaat yang mana seperti yang kita sedia maklum, Usrah bermaksud keluarga dan dalam usrah akan ada seorang naqib yang akan mengetuai bulatan dan masing-masing akan berkongsi masalah masing-masing serta akan ada pengisian tentang agama. Hal ini bagi aku sangat mempengaruhi jiwa dan diri Mahasiswa Asasi untuk berubah menjadi lebih baik akhlaknya dan boleh juga merapatkan ukhuwwah di antara satu sama lain. Oleh sebab itu salah satu nikmat yang mungkin korang tidak akan rasa di tempat lain ialah nikmat atau manisnya ukhuwwah dengan sahabat-sahabat korang nanti insAllah J

2) Makan Minum
    Macam biasa lah korang pon tahu setiap IPT tidak kira IPTA atau IPTS masing-masing ada cafe yang disediakan untuk Mahasiswa makan and minum kan. kalau kat Kuis ada 5 cafe yang disediakan untuk Mahasiswa. Tentang cafe ni semua rasanya korang tak perlu tahu sangat pon sebab function cafe ni just nak bagi korang beli makanan and minuman je kan. Bergantung kepada korang la nak beli makanan kat cafe mana betul tak? Huhuhu J

3) Sosial/Pergaulan/Ikhtilat
Haaaaaa ini bab yang mungkin aku rasa ramai di antara korang yang nak tahu. Masing-masing di antara kita dah tahu yang memang fitrah Allah SWT beri kepada manusia untuk ada perasaan suka sama suka sesama individu berlawanan jantina. Tidak dinafikan aku pon ada tapi point yang aku nak beritahu ialah sejauh mana kita mengawal fitrah itu ikut acuan syarak dan tidak mengundang kepada maksiat dan sebagainya perkara buruk yang mungkin boleh berlaku. So far aku tengok kuis adalah pilihan yang terbaik untuk korang berubah menjadi lebih baik. Dari segi pergaulan masih lagi terkawal, tidak terlalu sosial dan sentiasa berusaha untuk menerapkan elemen baiah solehah. Tapi seperti mana yang aku kata awal-awal tadi kemanisan ukhuwah akan korang dapat semasa di asasi ni insAllah kalau korang semua tiada melakukan sifat mazmumah antara satu sama lain. Tapi kalau nakal-nakal sikit tu takpelah cuma jangan sampai satu tahap yang boleh membawa kesan yang sangat negatif okay?, aku rasa korang semua faham insAllah

4) Pengangkutan
Dari segi pengangkutan, setiap hari kuis akan sediakan shuttle bas kuis untuk mudahkan mahasiswa nak pergi ke luar daripada kuis. Destinasi yang shuttle bas ni bawa korang semua ialah di stesen bandar seri putra and ktm sahaja. So daripada ktm korang boleh pergi kemana-mana sahaja la yang korang semua nak pergi. Bagi yang pertama kali nak naik ktm tu pastikan korang bertanya dulu arah destinasi sebelum naik ktm tu hahaha sebab bukan apa aku pernah tersilap dulu so just nak ingatkan kepada korang semua supaya jangan ulangi kesilapan yang pernah aku buat dulu time pertama kali nak naik ktm. Selain shuttle bus, ada jugak disediakan perkhidmatan kereta sewa. So nanti korang boleh tanyalah sesiapa yang ada menyediakan perkhidmatan kereta sewa kalau korang nak keluar ke mana-mana. Apa yang aku ceritakan ini just umum sahaja ,nanti bila korang dah masuk kuis korang akan tahu lagi banyak benda daripada ini.Percayalah !! J

5) Penginapan
Bagi Mahasiswa Asasi tempat penginapan korang berbeza dengan Mahasiswa Diploma dan Degree. Mahasiswa Asasi akan tinggal di qaryah manakala Mahasiswa Diploma dan Degree akan tinggal di parcel. Bagi aku, tersangatlah best menjadi pelajar Asasi kerana suasana qaryah itu sendiri. Mungkin sekarang korang belum dapat bayangkan bagaimana suasananya tetapi percayalah sangat best qaryah berbanding dengan parcel. Walaupun aku belum merasai sendiri pengalaman menginap di parcel tetapi perkongsian daripada sahabat senior yang mempunyai pengalaman menginap di parcel sudah cukup untuk aku membuat perbezaan di antara qaryah dan juga parcel. Tetapi point yang penting yang aku nak bagitahu, Kuis telah menyediakan kemudahan yang baik kepada Mahasiswa-Mahasiswa Asasi Kuis! J

Ada banyak lagi pengalaman peribadi yang kadangkala membuatkan aku tersenyum seorang diri dan ada juga kadangkala aku menangis bersendirian bertemankan sepi huhu. Semuanya mempunyai kaitan dengan kerinduan yang melampau terhadap pengalaman aku sepanjang 3 semester di Kuis huks huks!! J


Kepada sahabat-sahabat baru yang akan meneruskan pengajian di kuis, Selamat maju jaya aku ucapkan, Ahlan Wasahlan wa Marhaban Bikum Ila Kuis, asiff Jiddan jika ada kata-kata aku yang membuatkan korang semua terluka dan sebagainya. Moga kita semua sentiasa diberikan peluang untuk bertaubat dan memperbaiki amalan ibadah kita kepada Allah. Semoga berjaya Dunia Akhirat, Sekian bye Jumpa Lagi J

Minta doakan saya berjaya Dunia wa Akhirat ya InsAllah :)



6 comments:

  1. asasi komunikasi macam mana ya saya ambik asasi pengurusan dekat kuis baru sem 1 tapi saya nak tukar kos komunikasi

    ReplyDelete
  2. Result asasi kuis ni boleh digunalaki utk memohon kemasukan ke ipta x? Satu lagi, pengajian asasi kuis ni dtanggung ke atau sepenuhnya pembiyaan pelajar asasi itu sendiri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Result asasi kuis boleh guna untuk ipta ke x?

      Delete
  3. Boleh Cite pengalaman ambil degree komunikasi? Best Tak ? Byk menggunakan bahasa melayu/bi/arab ?

    ReplyDelete
  4. klu lepas asasi dkt kuis,boleh ke nak sambung degree tempat lain

    ReplyDelete